•December 19, 2008 •
Leave a Comment
Alo, kawan..
Sedey nak cakap….diz is a last post from me..AWC will be close on Thursday, January 1, 2009 (officially!)..
Tp jgn risau…Ahmad berpindah ke ahmadaca.blogspot.com (ABC) dengan beberapa alasan munasabah..
So, mulai langkah anda ke blog baru Ahmad dengan girang. Sbb kli ini anda akan melihat byk perubahan serta merasa sikit ke”simple”an dalam menyerap apa yg Ahmad nk sampaikan.
Till then, daaaaa…
P.S. Ahmad tunggu kat ABC
Posted in Nak & Mau
Tags: Ahmad, Pindah
•December 15, 2008 •
Leave a Comment
Ok, ni bahagian terakhir ‘Mari Mentafsir Gambar’ yang merapu lagi entah apa-apa entah. Mari membacanya tanpa sebarang statement sakit hati ya!

Yang salah: Ahmad tersengih kerang busuk sambil rakan yang lain tersenyum girang bila pelari pecut idolanya memenangi acara pecut gaya unta laut menewaskan pelari berbangsa Mongol (berbaju merah serta tidak pernah melihat unta laut) dalam pertembungan yang diiktiraf “Battle of the Year” itu.
Yang betul: Yang nampak macam berlari (berdesup cahaya) tu memang berlari pun tapi nak enter-frame gambar sebetulnya.

Yang salah: Lagi cerita tentang serangan penyakit bawaan haiwan. Salah seorang pekerja warga asing berjaya menangkap lalat teh punca musnahnya 100 hektar ladang akibat serangan serangga tersebut. Khabarnya pekerja itu berhasil mengelirukan lalat itu dengan mereplikasikan bau ketiak beliau lalu disembur ke atas daun-daun teh bagi memberi impak kepeningan melampau terhadap pusat saraf perosak itu.
Yang betul: Untuk mendapatkan sudut penggambaran terbaik, Wok (Nama seakan-akan sebenar) membuat aksi ala mat skodeng tanpa memperdulikan samada pose itu bakal menyebabkan berlakunya gangguan seksual tanpa sedar ke atas jantina berlawanan dan yang sama jenis.
Continue reading ‘Mari Mentafsir Gambar (Bahagian 3)’
Posted in Mari Merapu
Tags: Malaysia, Bomoh, Misteri, Flying Fox, PATI, MyKad, Teh, Skodeng, Lalat
•December 15, 2008 •
Leave a Comment
Bodoh!! Bodoh!! Siapa di antara kita yang suka dipanggil bodoh?? Rasanya orang bodoh pun tak suka dengan panggilan yang hina begitu. Jadi, tidak hairanlah ramai yang belajar, formal mahupun tidak formal bagi memperbaiki diri agar tidak digelar si bodoh.
Pada pendapat Ahmad, si bodoh adalah orang bodoh yang sebetul-betulnya bodoh. Maka dengan ini, perkataan bodoh mesti digunakan secermat mungkin supaya tepat dan kesannya membawa ke arah positif (Lebih bersemangat untuk berjaya). Kesilapan penggunaannya mencetuskan rasa tidak senang penerima dan juga bakal membawa petaka pada penggunanya (Kena maki atau bunuh).
Kecenderungan manusia mengatakan manusia lain bodoh adalah atas dasar fakta atau hanya ledakan emosi. Kebanyakan kita tidak akan mahu berfikir wajarkah kita memanggil yang lain bodoh sehingga kita sendiri yang dipanggil bodoh. Akan tetapi, jangan terkejut jika ada yang langsung tidak cuba fikirkanya.
Faktor penyebab terjadinya perkara ini terlalu banyak. Antaranya;
- Anda memang bodoh dan anda bangga jadi bodoh (Layak sungguh!!).
- Semua orang tau pemanggil tu budget pandai (Dia saja pandai, orang lain bodoh).
- Anda bijak tapi anda bertindak bodoh. Contoh, sedut sirap cincau guna straw melalui hidung (Masyallah…).
- Memang nama anda Bodoh dan anda terpaksa (Nak tukar nama, mak tak bagi).
- Dah menjadi tabiat si pemanggil.
- Pemanggil tu ingat bodoh tu nama manja anda (Dia orang putih kot??).
- Anda yang suruh dia panggil anda bodoh sebab rasa kool sangat (Kool??).
- Senior blok asrama bagi nama tu.
- Anda merelakan sebab si pemanggil bakal ipar (Ish!!).
- Pemanggil baru sahaja terselamat dari cubaan membunuh diri akibat kecewa gagal menjadi finalis Gadis Melayu (Kira tak nak susahkan hati dia lagi).
- Sejak dua tahun lau, dah puas anda ajak geng belasah pemanggil tu kerana hal tu tapi tetap juga dia buat (Dah sah fungsi otak terjejas).
- Anda belajar sampai U, dia pula tiada hal tuju (Kes jeles).
Di bawah Ahmad meneka bagaimana mungkin rupa jawapan terkeluar dari mulut orang yang disua dengan panggilan bodoh!! (Teka saja).
Nota: Dialog dieja bahasa tak rasmi bagi memberi impak “real”.
Continue reading ‘Apabila kita dipanggil bodoh’
Posted in Lontaran Vokal
Tags: Bodoh
•December 9, 2008 •
1 Comment
Lagi kita terus berlatih mentafsir gambar dan jangan lupa untuk meluangkan masa memberi komen ya:-)

Yang salah: Penduduk kampung diserang penyakit pinggang lendut akibat virus nipah generasi baru sebaran makhluk hidup yang belum dapat dikenalpasti. Menurut ketua Kampung Jambu, beliau begitu yakin lagi pasti dengan khabar angin kuat mengatakan bahawa haiwan bawaan itu merupakan siput sedut. Tegas beliau, siput-siput itu diimport secara haram ke dalam kampung ini yang dikatakan hampir seratus peratus penduduknya mengamalkan diet vegeterian kecuali ketua Kampung Jambu itu sendiri;-)
Yang betul: Dor (Nama sebenar kot) dan rakan-rakan meregangkan otot-otot sebelum menjejak hutan.

Yang salah: Bakal wanita Malaysia pertama ke bulan menjalani sesi terakhir latihan anti-graviti bagi mempersiapkan diri sebelum bergelar Datuk (Kalau jadi pergilah)
Yang betul: Yati (Ini nama sebenar) yang belum sempat mendarat dengan betul tidak sabar berposing peace ke arah kamera peminatnya (Nama dirahsiakan..Huhuh..).
Continue reading ‘Mari Mentafsir Gambar (Bahagian 2)’
Posted in Mari Merapu
Tags: Bomoh, Norman Hakim, Barack Obama, Gerak Khas, Jambu, Collision Course, Mawi
•December 8, 2008 •
Leave a Comment

Selamat menjalani ibadah korban pada yang mampu. Pada yang tak mampu atau tak MAHU, sekurang-kurangnya pergi menunaikan solat sunat Aidiladha. Alamak! kena tidur awal ni (Esok nak melantak rendang dulu..Huhuh).
Assalamualaikum.
Kredit gambar kepala lembu untuk hasrulandry.fotopages.com
Posted in Borak di Beranda
Tags: Haji, Kad, Korban, Lembu
•December 6, 2008 •
Leave a Comment

Klaas-Jan Huntelaar berjersi Real Madrid 19
Posted in Bola Sepak
Tags: Klaas-Jan Huntelaar, Real Madrid
•December 6, 2008 •
2 Comments
Di dunia ni kita boleh jumpa banyak jenis kembar. Ada yang bercantum, contohnya, kembar siam (Tak semestinya orang Thailand), ada seiras dan tak seiras (Ada orang kata Ahmad muka macam pelakon Korea..Huhuh..), kembar empat, sepuluh dan sebagainya. Tapi, objek bukan hidup pun ada kembarnya samada sengaja diciptakan begitu atau pun sudah suratan alam, macam kenderaan model yang sama (Tak semestinya KEMBARa), menara berkembar, bikini two-piece, botol minyak wangi yang berpair (Untuk lelaki & wanita) dan lain-lain lagi.
Jadi, bagi menguji pemahaman anda tentang kembar. Ahmad dah sediakan satu kuiz duga akal paling mudah untuk anda semua. Anda diminta untuk meneka di mana kembar bagi setiap gambar di bawah. Mudah saja siap ber”hint” lagi.
Tak kan tak nampak kot?
Yang terpacak lagi kuat menyondol
Adik cucuk kakak
Kudaku Lari Gagah Berani
Kalau tak jumpa juga, sah anda dah offline sebab nak pergi KFC;-)
Continue reading ‘Kembar tang mana tu??’
Posted in Mari Merapu
Tags: Kembar
•December 6, 2008 •
Leave a Comment
Dalam membelek gambar dalam hard disk, Ahmad terjumpa dua keping foto tepi pantai bersama bangkai “Titanic” yang terdampar sesama di Terengganau. Saksikanlah!!
Rantai sauh Titanic
Serpihan serombong asap
P.S. Entah kapal apa entah.
Posted in Mari Merapu
Tags: Terengganu, Titanic
•December 3, 2008 •
Leave a Comment
Berita terkini dan terbaik bagi semua Madridista!! Klaas-Jan Huntelaar secara rasminya menjadi milik Real Madrid. Menurut sumber rasmi, perjanjian bernilai €20 juta ditandatangani dan klausa tambahan sebanyak €7 juta lagi bakal dibelanjakan bergantung kepada mutu permainan Huntelaar. Beliau diikat selama empat setengah tahun sehinggaa 30 Jun 2013.
Sebagai rekod, pemain Ajax Amsterdam ini merupakan pemain Belanda ke-enam dalam skuad semasa Real Madrid.
Perpindahan ini pasti memberi kelegaaan pada Presiden Real Madrid, Ramon Calderon kerana akhirnya beliau dapat mengotakan janji untuk mendapat Huntelaar. Bukan itu sahaja, pembelian ini juga dilihat sebagai “bil pembaikian” bagi memperkuatkan bahagian serangan yang kehilangan sengat. Dengan Ruud van Nistelrooy yang tidak dapat beraksi untuk baki kempen musim ini, prestasi turun naik kapten pasukan, Raul dan kecederaan penyerang muda, Ganzalo Higuain menyebabkan opsyen bahagian ini semakin terbatas. Meskipun hanya dapat beraksi pada Januari 2009 akibat kecederaan buku lali. Namun, sedikit sebanyak memberi harapan baru pada penyokong Real Madrid agar pasukan ini dapat keluar dari kemerosotan terutamanya dalam ketidakupayaan melakukan ancaman berbahaya di kubu lawan.

Terbang ke Santiago Bernabeu
Skuad kendalian Bernd Schuster kini berada di tangga ketiga di bawah Barcelona dan Valencia, dalam La Liga, dan sudah layak salaku 16 pasukan terakhir bagi pusingan kedua Liga Kejuaraan Eropah 2008/2009.
Posted in Bola Sepak
Tags: Ajax Amsterdam, Klaas-Jan Huntelaar, Real Madrid
Komentar